Chat sampai Lebam


ShoutMix chat widget

Monday, 28 November 2011

why shoot mayat

               


 Duuuddddddddddddddd…kringggggggggggggggggggg!!! Bunyi tersebut berdenggung di telinga gua berulang kali. Oh semmm! Dah pagi rupanya.. selamat pagi semua. Teringat gua nak hantar adek gua pergi Bandar nak beli alat tulis.





                Selepas siap bersiram bersarapan berkemas dan seangkatan dengan ‘ber-ber’ tuh, gua pun kasi magic kat Ego gua nie. Tak kasi magic kompem tak hidup. Sumpa tak tipu. Ape lagi gua dan adek gua pown bertolak. ‘Ber ‘ lagi. Jalan punye jalan, pecut punye pecut, demmm! Hujan pulaks! Gua cepat2 drift pusingan U balik rumah. Baju branded gua da basah. Cancel lagi laa dating gua nak belanja awek kat kepci. Ok pe, selamat duit gua. Sampai rumah, adek gua terus layan game. Demmm, ingat nak nolat awek kat twitter tadi. Sory gua tak layan facebook tapi gua layan mukabuku. ==”



                Ok sambung tu main topic. Pasal nie laa gua nak cerite kat lu nie. Bile gua selongkar stor bawah rumah gua nie, gua jumpe satu kotak penuh dengan anai-anai dan geng2 dye. Bukan main banyak ahhh. Gua pun angkat kotak tu bawak pergi bawah pokok mangga. Musim mangga dah habis masuk musim rambutan. Pokok rambutan belakang rumah datuk gua da tue. Tumbuh pun sikit-sikit jew. Ape lagi, gua pun bakar kotak tuh.




                Bakar punye bakar, tibe-tibe datang sekor minah nie pakai black jacket macam dalam matrik. Datang punye datang, dye bawak sekor mayat dan terus campak kat unggun api kat tempat gua buat open burning tadi. Ohh! Itu mayat biawak rupanye. Ingat mayat manusia..ahaks!
                So, gua pun jemput dye naik rumah. Adab menghormati tetamu itu amalan mulia ok. Saje je gua nk bitaw. Tiba – tiba, ape lagi, gua pun terkejut beruk. Betul-betul terkejut. (biar betul, biar betul betul). Ruang tamu ade sekor lagi mayat. Duduk plaks tuh. Minah tuh suruh gua tembak kepala mayat tuh dua kali. Gua ingat lagi movie zombie nie. Kene tembak itu kepala mayat baru mayat tu tak hidup kembali. (sambil layan lagu ….. lu teke laa sendiri)



                Gua pown tembak kepale mayat tuh. First shot memang kene. Bile seken shot tu, tibe2 je pistol macam tersekat jew. Gua goncang2 itu punya pistol, tertembak kat kaki mayat tuh. Ehem, mayat tu hidup ok. HIDUP!!! Gua ape lagi. Blah cepat-cepat. Minah tu terus battle sama mayat tu. Battle punya battle, dye sendiri pown lari. Gua cuba buat hayunan kapak 360 degree, kapak tu mengenai perut mayat tu. Tak de senjata dah, gua baling bom tangan kat mayat tu, TAPI, laptop gua ade kat ruang tamu tuh. Demmm, hidup mesti diteruskan, gua pown baling itu bom tangan maaa. Kene memang kene, mayat tu masih tough lagi. Minah yang letih keletihan tu terduduk atas sofa, mayat tu ape lagi,rezeki terhidang di depan mata. Gua kagum dengan stail melahap mayat tuh. Dan terus blah. Jalan punye jalan, gua senyum =).. dengan alat control di tangan gua, butang merah gua picit, buuuuummmmmmm gelombang api beso punye di belakang gua. Rumah gua terbako habis!!!!
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..


Kliks!
Gua bukak mata, cahaya keorenan dan kekuningan menyinari dalam kegelapan bilik gua. Wah!!!!!!! Emas! Ohh, selamat pagi semua! 




Thursday, 2 June 2011

No Idea

Thursday, 26 May 2011

khemah





Pada suatu musim cuti persekolahan, Ahmad Nisfu dan rakan karibnya, Nabil membuat pelan dengan meluangkan masa lapang merekah untuk pergi berkhemah di kawasan air terjun yang agak terpencil tidak jauh dari kampung mereka. Nama kampung merekah ialah Kampung Pinang Tiga Batang. Ingin mengetahui tentang sejarah Kampung Tiga Batang??



********************



          Kampung Pinang Tiga batang ini hampir menyerupai kampung Pinang Sebatang dalam cerita komedi P.Ramlee kan? Namun begitu, Kampung Pinang Tiga batang ini tidak sama dengan Kampung Pinang Sebatang. Antaran perbezaannya ialah, dari segi ejaan, maksud, sebutan dan intonasinya. Saya malas meletakkan unsur sinkof berkoff – koff kerana tidak menarik. Kembali kepada topik pelajaran kita pada hari ini, sejarah Kampung Pinang Tiga batang kita pada hari ini tidaklah menarik sangat. Indah khabar dari rupa. Kalau muka cunn ok lagi. Ini tidak, pokok pinang ini mempunyai tiga batang berakar satu? Pelik bin ajaib bin magik bin mustahil bin benar (tidak mengape, kalau pak arab ade banyak bin kat name dowg,mengape tidak Pelik?wakakaka!). Pokok pinang ini membawa malang sebab itu kita di Malaysia tidak pernah mendengar nama Kampung Pinang Tiga batang. Betol atau Tidak? Kalau tidak sila klik share di atas bertepian dengan nama pos ini. Terima kasih.



*******************



          Berbalik kepada cerita yang diceritakan tadi, pada malam pertama mereka, oppppsssss. Malam pertama perkhemahan laaa, jangan fikir bukan – bukan pula. Jiwa kuning ke ape. Pengaruh barat banyak sangat meresap dalam jiwa anda J. Malam pertama lagi tidur Ahmad Nisfu ini dikacau dek “krooookkkk, krooooookkkkk” kawannya, Nabil. Dia menyedari sesuatu yang Pelik bin ajaib bin magik bin mustahil bin benar lalu mengejutkan Nabil.


          “Bil elektrik semakin mahal.. Oi..bangunlah! Ya Allah, budak ni kalau dah tutup mata bom meletup sebelah dia pun tak sedar. Alamat jadi arwah agaknya. Kang aku siram air *sila nyatakan air apew anda ingin simbah kat Nabil nie di komen* baru tau,” rungut Ahmad Nisfu apabila mendapati Nabil begitu liat mencelikkan mata.


          “Ape kena dengan kau, Mad? Ko dah mad ke huh? Bangunkan oerang tengah malam tak buta. Dah buang tabiat agaknya,” keluh Nabil sambil menguap beribu kali seminit. Satu rekod dunia.

          “Cuba kau tengok atas tu. Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Soal Ahmad Nisfu seolah – olah sedang berfikir panjang.

          “Wow, cantiknya! Beribu bintang ditemani Sang bulan yang indah mengambang. Bak kata nenek aq, bagai bulan dipagari bintang. Pandai tak aq berpuisi, Mad? Jangan jeles n jangan mad ok? Nanti cepat tua last kene jual,” Ujar Nabil dengan penuh kagum.


          “You know what meaning of it?” soal Ahmad Nisfu.

          “Know what, know what? Nabil menyoal balik.

          “You can see the star and the moon right? So the meaning of it,” soal Ahmad Nisfu lagi.

          “Oooow.. Of course I know. Why you not tell me early? Maksudnya, esok mesti cerah. Tak sabar rasanya untuk menunggu hari esok. Betul tak?” Jawab Nabil dengan bangga.

          “Betul kepala hotak ko berjambul tujuh! Maksudnya, khemah kita dah kena curilah…. Bodoh ! Bahlul!” Pintas Ahmad Nisfu dengan suhu badan mencecah 100 darjah Celsius. Kalau letak egg atas kepala dye kompem masak punye.

          “Gulllpppppp! Ye ke?” soal nabil dengan selamba.
 



Monday, 2 May 2011

Kenapa oow?




assalammualaikum,

mula-mula saya nak cerita sikit pasal pemanduan saya yang pertama di waktu malam.
at first glance, saya rasa malas and tak berani nak memandu malam. so, tercatat lah sejarah pemanduan waktu malam yang pertama dalam kisah hidup saya ini.
tujuan saya memandu malam is saja nak enjoy di mukah. kaul laa katakan. tak gitu? huhu
ok. time waktu malam memang silau mata dibuat lampu kereta ini. lebih - lebih lagi berderetan kereta di jalan. bukan single car ok. haha. orang ramai lah katakan. demmmm! why kereta belakang ni x low kan lampu kereta dia..cihhhh! silau yow.. nak concentrate pun tak dapat,.

so,

saya memecut sehingga 100km per hour. demmmm! why dia tail gate kereta produa yang ciput nieyh? mentang - mentang dia pakai saga. tau laa saya kan PRO.

itu sahaja pasal pemanduan.. owh ya..kalau para pengunjung suma ingin tahu, ini juga first time saya tak kunci pintu kereta. nyaris lagi kan? huhu. nasib saya baik kereta tak dicuri, kampung laa katakan,. wakakakaka! aman dan damai. kepada penduduk bandar jangan jeles.

manakala, we go to another topic, kelas sila keluarkan buku teks matematik dan buka muka 2o1. bagaimana nak sebut 2o1 ini? huhu..siapa pandai? haha..saya cabar kamu.






so, next topik is, kaum hawa mengajak saya jalan - jalan di cintaku di mukah. huhu
mula - mula dia mesej lah.
seperti biasa, salam, and then tanya busy or tidak kemudian terus direct to topic.

kalau berbincang perbezaan lelaki dengan perempuan dari segi percakapan, perempuan lebih direct berbanding lelaki yang suke main selok belok nie terutama bab memikat tapi kalau saya, saya direct sajalah. saya tak pandai mengayat.. ok saya mengaku saya setuju tapi saya juga mengaku saya tidak setuju dengan kamu hawa ini mengenai shopping ini. nasib baek kawan perempuan saya ini tak lama - lama.

ok.sambung. lepas tuh dia tanya laa sama saya "jum jalan!" saya pown 50:50 mula - mulanya sebab dengan perempuan nie bahaya lorr.. so saya ajak laa kawan saya dan deal 3 boys and 2 girls. cukup2 muat dalam kancil tuh..huhu. kalau nak saya bawa nissan frontier xlarat saya.

tapi!!

disebabkan kawan saya yang ajak jalan itu laa kereta kancil ini tinggal sikit saja lagi minyak. cheyh. saya pergi jumpa bakal ayah mertua. naek rumah then terus duduk. demmmm!! saya lupa nak salam bakal ayah mertua!!! time memang tengah neves gila - gila ahhh!! saya cuma mampu senyum saja. hahaha.. mereng menimpa!!! duduk then di sajikan dengan coca cola. lepas tu, mintak izin dan blah.. bila dah sampai mukah, tengok minyak kire - kire ade 30% minyak tinggal. haha..tak apa.. first time bawak perempuan jalan - jalan. next time kompem saya mintak duit direct nak beli minyak. kejam tak kejam lantaklah.. :P

malas saya nak cerita bibit - bibit peristiwa time jalan - jalan itu sebab tiada yang menarik

lepas tuh balek dan hantar mereka balek rumah kecuali kawan saya yang suruh ajak jalan itu. sebab bakal ayah mertua sudah sedia menunggu anak dia. sampai rumah tepat pukul 6.30 tak silap saya.

next topik, pada malam pula JALAN LAGI!!! memang x puas ahh nak perabis minyak nie!!

kali nie dengan geng pulak.

mula - mula pergi pasar jual barang beraneka itu kawan saya nak beli kasut. mula - mula harga kasut RM70. and then dia tawar RM55. ngeng kawan saya itu. saya suruh dia tawar lagi sampai RM50 tak nak.haha

lepas tu, pergi pantai tempat kaul itu. sape tah yang nyanyi macam orang mabuk and gila kat atas pentas itu. suara pown macam garau nak mampos. time tu jumpa sowang lagi kawan. geng hampir nak lengkap kecuali sorang lagi sebab tak ajak.



MUKAH KFC



so, lepas tu, kami pun keluar dari pantai itu menuju KFC. perut dah menyanyi macam mamat rock kapak berkarat kat atas pentas itu. saya order hot milo saja. huhu. yang lain order pepsi and sorang mountain dew.
makanan > ayam kentaki saja.

dua olank x keluar duit,, its ME and sowg lagi yang agak poyo sikit. hahaha. yang poyo nie x keluar duit tapi makan lebih. tak adil. saya yang driving nie lapar tau~ time makan itu tak abes - abes bergambar. macam perempuan !!! demmmm! tak malu betol. nasib baek. time tu tak ada olank. suma visitor makan kat bawah.

selepas itu pulak. kami pown blah pulang ke rumah.


Belum habis lagi.. relax - relax laaa.. santai sikit.huhu. sapa suruh kamu baca tadi. kalau xnak baca saya tak paksa dan anda boleyh la tekan X or Alt + F4 serentak.

pada hari ini, (pagi). saya dapat F6 jurusan Sains. saya akan lapor diri tapi saya akan minta tukar. Sains SPM (sns F4 + sns F5) x pass pown tapi ada hati nak amex Sains lagi? memang nak mampos laa tuh. kali nie saya tukar ke jurusan kemanusiaan. amex ekonomi  nanti dapat belajar buat bisnes ok.











tapi F6 itu bukan pilihan Saya.. Saya rondeng dengan Ayah saya pada sebelah petang itu. senang kata, dia cakap,
"kamu lapor diri dulu lepas tuh tukar ke jurusan kemanusiaan.. kamu amex F6 saja tak payah amex diploma lagipun diploma 3 tahun F6 setahun setengah and Diploma makan banyak and berbelanja besar"

so saya pulak iyakan sajalah. tak kuasa nak melawan. keadaan selepas saya PMR hari itu berulang semula. sampai bila saya akan dikongkong. hohoho..

itu sahaja.. saya akan pergi tidur membawa hati yang lara ini..

waalaikummussalam.

Wednesday, 27 April 2011

Kolej Matrikulasi








Assalammualailum,

dan selamat pagi ok?

bangun pagi,

teros bangonkan adek

then pergi hantar die pergi sekolah naik kereta.hujan doee.

lepas tu online facebook. buka vdream racing.

ok.

lepas tu check matrik pulak.

nak tau ape keputusan saya?

a ha.

saya bukan lah pandai mana pun.

so,

Harap maaf, anda tidak berjaya.
Sekiranya ingin membuat rayuan sila klik butang YA di bawah.
Rayuan boleh dibuat sebelum atau pada 13 Mei 2011. 
Bahagian Matrikulasi, KPM hanya mengguna pakai rayuan yang dilakukan secara dalam talian

itulah keputusan MATRIK saya.

peluang saya membuat revolution di matrik x kesampaian. hoho

tapi tidak mengapa, mungkin rezeki saya tidak berada di matrik OK.

sekarang nak tunggu IPTA dan PILIteknik plak. huhu

tapi demmm..

lama sangat tunggu!!

penungguan itu satu penyeksaan OK!

mane tak nye,

tiap - tiap hari rutin yang sama.

dah bosan den nak dudok rumah tiap - tiap hari

lepas nie,

saya berpakat nak buat "kerja baik" di luar sana.

baik la sangat.

haha!

waalaikummussalam





pagi - pagi da layan lagu jiwang..emo kejap..bukan selalu.huhu





blogwalking



assalammualaikum,

saya ingin make a complaint sikit,

bahawasanya,

blogwalking itu,

blogwalking itu mmg amat menyusahkan..haha..

what is blogwalking?

itupun tak tak kamu nie..

blogwalking is blog berjalan.

however,

blogwalking itu tidak perlu,

melainkan anda pandai buat entri menarik minat pengunjung dan follower anda.

anda cuma perlu promote jew,

jom kita buat hypothesis,

semakin bagus sesebuah entri, semakin ramai follower and pengunjung dan semakin meningkat jugak trafik blog anda malah bagi sesiapa yang meletakkan iklan, semakin kaya lah anda ok.

tapi, saya tidak pandai. pandai merapu last - last diketepikan.hoho

sebenarnya saya teramatlah malas nak berblogwalking ini.

mengapa?

masa berblogwalking itu saya dapat penuhi dengan membaca artikel yang berfaedah. selain itu dapat menyiapkan setup kereta saya,( vdream racing)

lagipun, saya lebih suke pengunjung yang follow secara ikhlas walaupun entri yang berupa pondok buruk (last - last jadi banglo ok)

namun, demi masa depan blog saya ini, berkorban itu penting juga.

tapi, setakat follow je tapi tak baca buat ape bukan? betol tak? itu sama lah membuang masa anda berblogwalking.

sila uruskan masa anda dengan baik ok.

nanti jadi orang x berguna pulak.

bukan setakat x berguna, malah menyedihkan.

menyedihkan tak bermaksud mesti menangis.

tapi mereka sememangnya tergolong dalam golongan yang rugi.

namun,

cakap biar serupa bikin....

ya saya mengaku, memang saya akan follow itu untuk mendapat habuan balik,. tak ikhlas la katakan,.xD

dan saya sendiri menghabiskan banyak masa dengan perkara tak berfaedah macam facebook tu..

blog tu berfaedah ok..sumber maklumat.huhu. dan sebagai agen perkongsian maklumat.

saya tidak ingin merepek dan merapu lama - lama.huhu.

sebab,

saya ingin menyambung projek kereta saya. game lah katakan

kerana,

ini peluang cerah untuk saya mengutip point.

doakan saya, and wish me luck ok.

sekian sahaja,

waalaikummussalam.











Sunday, 24 April 2011

jom boikot meeting!




Assalammualaikum,


Bagi sesetengah manusia di muka bumi nie, mesti ade meeting kan? Suke tak kowg pergi meeting nieyh? Best tak? Kalo tak best..terukan membaca..kalo best bole bla..wakakaka
Apakah maksud meeting nie? Meeting in BM ialah MESYUARAT.


Maksud panjang die lak = Mesyuarat ialah sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. 


Aku tanye pak cik wiki – wiki bukan waka – waka ok.



SEKARANG SUDA FAHAM MAKSUD MEETING KAN? BAGUSSSS!!



Sekarang nak cerita sikit pengalaman meeting aku.huhu
Di sekolah tahun 2010, aku dilantik menjadi pengawas. Pengawas biasa masuk dalam BIRO KEBAJIKAN. Sebagai ahli tukang dengar x pernah nak buat aktiviti.haha! pengawas tak buley diharap kowt?wakaka. Tiap – tiap 


Selepas perhimpunan mingguan mesti ade meeting. Nak kate suke, suke laaa skip kelas.. nak kate x suke, tertinggal pelajaran. Btol tak? Betol je laa.. kalau salah kowg mmg botol..huhu


Ape yang aku pelik, tiap kali meeting selepas perhimpunan mingguan tersebut, cikgu – cikgu nie menekankan perkara yang sama. Da muak da weiii…cukup – cukup laa tuh. Aku kate begitu sebab bukan aku yang dimaksudkan oleh cikgu tuh. Aku kan budak baek enn?huhu. Tapi kalau ade meeting nak buat projek tu laen laa pulak. Lebih OK daripada meeting selepas assembly tuh sebab cikgu tak ade OK.huhu




Kalau meeting formal, bak kate cik nilai murni,


kalau meeting tu terlalu formal, sampai ko cakap dengan kawan pun rasa macam cakap ngan menteri walaupun baju korang suar jeans ngan T-shirt ngan tudung aci pin tengah je [??], eii..mana2 jam yang terdekat memang dah tembus la sbb kena renung sepanjang meeting tu. Naik meremang bulu roma jam tu kot.





Haaaa..kalau aku memang da tidur laaa time tuh..haaa! macam mamat kat atas tu haaa!!..haha.lantak laa nak kene bahan ke ape ke. Aku tak nak join meeting yang boring OK. Sebab aku tak nak mati keBORINGan..wakaka~

Ini entri sekejap jaa..haha.malas nak merapu lame – lame sebab nanti kowg bosan plak.btol x? botol laa..waalaikummussalam









adakah anda menyayangi bumi dan alam sekitar?




Tengah mood busan, aku pown join contest nie.. tapi aku akan buat lain dari yang lain ok..huhu. So, aku mungkin bakal menerima komen "out topic da nie"..haha!!xD





Syarat-syarat penyertaan

  1. Follow blog ini. The Bladerz Duta Keamanan dan kesuburan sejagat.
  2. Didalam entri anda, adalah perlu untuk copy dan paste banner diatas sebagai tanda anda menyokong kempen pada kali ini. (syarat-syarat contest adalah optional untuk anda copy dan paste didalam entri).
  3. Didalam entri anda juga, anda perlu sertakan gambar-gambar anda yang menunjukkan anda melibatkan diri dalam kerja-kerja atau perilaku berkenaan seperti mengutip sampah dan sebagainya mengikut kreativiti anda. (Contoh seperti dalam gambar rajah dibawah ini).
  4. Bilangan Gambar? Unlimited, hanya satu gambar yang terbaik sahaja yang dipilih sebagai pemenang. Sila tinggalkan URL contest anda dalam ruangan comment ye kawan-kawan
  5. Tag 5 orang lagi rakan lain untuk join contest ini
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2011 dan pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup contest ini~

1 + 5 orang blogger yang aku ingin tag ialah : 
mira
cik jelly chan
devil vs angel
aim & mia
fyqa
anie

Gambar - gambar yang bakal mendapat kritikan :




banana tree is cutting down..membazir betol.



kurangnya pokok, memang panas doe..




HUJAN ACID huh?!!



pokok ditebang dan tanah dibiar ditumbuhi lalang. ape kejadahnye nie??!!



kecik - kecik da pandai open burning!!

stylooo!

mula - mula kecik jew..

medium da nie oiiii~

power oi power..mesti budak nie siram air tongkat ali lol~



gambar - gambar di atas hasil dari survey aku sekeliling kampung petang tadi..haha. banyak lagi sebenanye..terutamanya open burning tp malas nak letak..berat plak blog aku nie nanti.




Saturday, 23 April 2011

cinta yang tak berbalas part two



c




Long time no c. lambat betul aq nak buat part two nieyh. Almaklum lah, tak de mood kowt. Kini kita bertemu kembali di part two. Di part one aku menceritakan bagaimana kami bertemu dan ada la sedikit ayat – ayat yang merapu tapi itu bukan masalah sebab tak ramai pun yang komen.xD



Seperti yang dinyatakan di part one, aku tak sempat nak minta number telipon dia. Cuma number telipon girl O dan boy A jew. amacam.? Kesian tak? No problem laa.
Orang yang ku sukai itu adalah girl F. Pempuan yang malukan I tu. Yang cakap depan kaunter KFC tuuu…tak kan tak ingat pulak. Pgy bace balek kat part one.
Mula – mula, aku beramah cikit dengan girl O dengan bermesej – mesej. Hoho. Tapi, num girl F tu datang dari boy A. Dia laa yang bagi tuh. Aku mintak.hahaha
Main topik ialah, aku akan ceritakan pasal girl F nie..



Nama sebenar dia adalah rahsia. Tapi nama dia ada kaitan dengan video di atas. Kalau nak tau, tengok laa video lagu tuh.huhu. umur dye same jew dengan I tapi dia pangkat nenek (jangan marah kan I xD) sebab dia lahir pada bulan 21 January 1993 saya pulak 26 may 1993.hohoho.. aku panggil dengan gelaran manja, PANDA. Nape plak aku panggil dye panda, sebab nye, mata dye sepet macam x cukup tidur jew. Lagipun kulit dye putih mcm panda jugak Cuma xada tompok hitam. First time mesej aku panggil dia panda. Tidak semena – mena dia ingat aku nie member kelas dia..miahahahaha. Namun begitu, kreatif jugak dia membalas balek panggelan panda tuh. Dengan berjayanye, dye gelar aku coala pulak. Sbab? No komen.hahahaha





jangan buat panda marah,nanti jadi macam atas


Ehem – ehem., walaupun dia cute dan ayu, don’t judge the book by its cover ok. Dia pengawas sekolah, sape – sape yang pernah jadi mangsa ngauman singa dia memang mampus. Lagipun dia ada geng. X tengaok ke kat national geographic channel? Singa akan menyerang mangsanya dalam kumpulan. Namun begitu, itu Cuma lah tanggapan aku jew.. lagipun aku bukanlah same school with her. but my kazen same school n class with her. Alhamdulillah. Tapi kalau cite pasal kazen nie pulak, dye nie kadang2 reply, kadang2 x reply.. macam chipsmore.huhu


Nak tengok gambar dia tak??hahaha.baik jangan ehh…tapi aku akan tunjuk mate dye jelah cukup.haha





ini tengah terbeliak nie..huhu



nie sepet tahap medium je nie..kalo nk tgok sepet lagi cute sangat..hoho~



Back to present, 2011. sekarang dia mungkin di kuching kowt. pergi interview course pendidikan awal kanak - kanak. hoyeahhhh!! panda kiut bakal menjadi cikgu. dan kami akan mula berjauhan.hoho. assalammualaikum cikgu panda!huhu.. sekian sahaja.





xD






jodoh itu kebetulan?











Sabub salah seorang tukang kebun di salah sebuah sekolah rendah. Dia sudah berumur 37 tahun. Walaupun sudah lanjut usia dia masih belum berkahwin lagi. Sudah berkali – kali dia masuk meminang perempuan di kampungnya itu tetapi ditolak mentah – mentah. Dahlah mentah pahit lagi itu.



          Pada suatu hari dia bermimpi berjumpa dengan seorang tua yang berjanggut outih sehingga ke paras lutut macam professor dumbledor dalam cerita harry potter itu.



          “Eh, ja..a..ngan kacau aku. A..a..aku ni sebatang kar…a. Umur dah lanjut, belum lagi ada isteri. To…longlah ja..aaangan kacau ak…u,” kata – kata Sabub dalam ketakutan.

          “Hei, orang muda. Eh, salah. Hei orang yang dah dekat nak tua. Aku tahu apa yang engkau inginkan. Esok Sebelum subuh, engkau mesti makan buah asam. Saya pasti hasrat engkau akan termakbul jika menuruti arahan ini. Kenapa, tak percaya? Caya laa broo,” kata orang tua itu dengan selambanya.

          Tiba – tiba orang tua itupun lenyap. Sekejap ada, sekejap tiada. Tidak semena – mena, Sabub terjaga daripada tidurnya yang agak lena itu. Ting tong Ting Tong buruk. Jam dah menunjukkan pukul 4.49.99 pagi.

          “Pelik betollah mimpi aku tadi. Panjang betul janggut orang tua itu. Lurus lagi tu. Mesti dia guna syampu Rejoice. Kalau tak pun mesti guna teknik rebonding,”

           Tanpa berlengah lagi Sabub cuba mengikut petua yang telah diberitahu oleh orang tua yang berjanggut lurus terurai. Guna jari pun boleh tu tadi. Dicarinyalah buah asam yang sangat masam di kampung itu.

          “Ha, buah pedada! Ada dekat rumah Mak Sal. Bagus aku ambil,”









          Sabub pun dapat mengambil buah pedada dengan penat lelah walaupun sampai ke OYA. Sesaat pun belum berlalu, terus dia ngap buah pedada itu. Masamnya tidak terkira dengan mesin pengira, tidak dihiraukannya. Harapannya hanya satu, tidak dua, tidak tiga atau tidak empat iaitu supaya hasratnya untuk mendapat seorang atau dua orang isteri tercapai.



          Selepas dia meng’ngapkan 10 biji buah pedada, giginya pun terasa ngilu yang amat sangat. Ngilunya tak boleh digambarkan dengan kata – kata. Ibarat air dicurahkan ke daun keladi rasanya. Disebabkan  oleh keinginannya tinggi melangit, dia terpaksa menahan kengiluan itu.



          Kesian sungguh nasib Sabub. Sudah 4 hari dia tidak makan. Apa boleh buat. Sekali dia nak maka, giginya tidak dapat mengunyahkan apa – apa. Seleranya semakin berkurangan. Dia hanya dapat meneguk air asli sahaja. Oleh itu, badannya manjadi kurus tinggal tulang dan semakin lemah, semakin lemah, semakin lemah. Dan akhirnya Sabub pengsan.













          Sebaik sahaja dia membuka matanya yang senang dibuka itu, dia terpandang seorang misi yang sangat cantik jelita sedang merawatnya. Dengan muka seposen dia terus meraung agar misi itu terus merawatnya.



          Dipendekkan cerita, Sabub akhirnya berkahwin dengan misi yang seorang lagiyang berbody 34, 35, 49. Berat badan 99kg dan hanya tinggal 1kg sahaja lagi nak mencecah 100kg. Namun, apa boleh buat, memang jodoh Sabub begitu. Walaubagaimanapun, Sabub telah hidup bahagia dengan isterinya itu dan mendapat 10 orang cahaya mata yang ‘sihat – sihat’ belakanya.





Wednesday, 13 April 2011

PONTENG




“Aku Berjaya
Aku merdeka
Aku bahagia
Aku bebas”
Segumpalan kata gembira kaki – kaki ponteng.



Yakah ini?
Adakah mereka Berjaya?
Adakah mereka merdeka?
Adakah mereka bahagia?
Adakah mereka bebas?



Mereka memang berjaya
Mereka memang merdeka
Mereka memang bahagia
Mereka memang bebas



Eh, betulkah ni?
Betul!
Memang mereka berjaya memboloskan diri
Memang mereka merdeka tanpa ilmu pengetahuan
Memang mereka mencari kegelapan masa depan
Memang mereka bebas dari sekolah kini



Akhirnya nanti,
Mereka dicengkam sesalan yang tidak berkesudahan.
“Cubalah dulu aku tidak ponteng,
Tidak aku gagal begini,
Cubalah dulu aku tidak ponteng,
Tidak aku gelapbegini,
Cubalah aku dulu tidak ponteng,
Tidaklah keputusanku sedih begini.”



Sesallah sedalam – dalamnya
Sesallah sekuat – kuatnya
Yang telah berlaku tetap berlaku
Tak mungkin boleh dikembalikan masa silam
Langkahan masa tak siapa yang boleh menahan
Kesalahan silam tak boleh ditarik semula
Nafsuponteng dahulu lambat diubah
Kini menghasilkan buah busuk yang tiada berharga.



P – O – N – T – E – N – G
NAMPAKNYA ENTENG,
NAMUN YANG PASTINYA
AKAN MENJEMPUT,
SERIBU KEGAGALAN,
SEJUTA KEJATUHAN,
SEBILION KEGELAPAN
YANG TAK PERNAH TERGAMBAR DALAM MINDA MEREKA
MEREKA YANG LEMAH PEMIKIRAN.